PARIS – Salah seorang anak Alain Delon memberitahu kepada peminat bahawa bapanya semakin sembuh, selepas mengalami strok.
Dengan memuat naik gambar pelakon itu di Instagram, dikenali sebagai pelakon utama ‘The Swimming Pool dan Purple Noon, Alain-Fabien Delon berterima kasih kepada peminat bapanya di atas sokongan mereka selama ini.
“Saya sangat-sangat berterima kasih ke atas mesej-mesej yang telah diberikan di mana ia telah membuat saya berasa sangat terharu.
Seperti yang anda lihat, beliau semakin sembuh dan beliau memberikan kasih sayangnya kepada kamu,” kapsyen yang telah ditulis oleh anaknya bersama gambar pelakon yang sedang berdiri memakai baju polo berwarna merah dimuat naik ke dalam Instagram.
Pada hari selepas itu pula, anak perempuannya, Anouchka menyatakan bahawa Delon sudah memikirkan mengenai projeknya selepas ini.
Anak sulung pelakon itu, Anthony mengatakan baru-baru ini bahawa pelakon itu menghidapi penyakit strok pada beberapa minggu yang lalu dan buat masa ini beliau tengah berehat di negara Switzerland.
Beliau telah menceburi bidang dalam perfileman Eropah lebih daripada 60 tahun. – AFP