NEW YORK, 22 JULAI – Syarikat penerbangan, termasuk Delta Air Lines terus berusaha untuk memulihkan operasi dua hari selepas kemas kini perisian yang menyebabkan kekacauan di seluruh dunia dan mengakibatkan beberapa syarikat penerbangan menghentikan penerbangan. Jumlah pembatalan penerbangan Amerika Syarikat kelmarin mencatatkan 1,461 menurut data terkini daripada FlightAware. Delta dan United Airlines mencatat pembatalan tertinggi.