Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demam Congo ragut 12 nyawa di Iraq

    BAGHDAD, 10 MEI – Iraq telah mencatat sekurang-kurangnya 12 kematian akibat demam berdarah Crimea-Congo sejak awal tahun ini, menurut pihak berkuasa kesihatan hari ini di tengah usaha untuk membendung penularan virus tersebut.

    “Jumlah kes demam berdarah telah mencecah 55 orang, termasuk 12 kematian,” beritahu jurucakap kementerian kesihatan Seif al-Badr pada sidang media. Penyakit bawaan sengkenit itu, juga dikenali sebagai demam Congo, mengakibatkan perdarahan teruk, dengan orang biasa dijangkiti menerusi kontak dengan darah haiwan dijangkiti, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

    Penyakit itu mempunyai kadar kematian di antara 10 dan 40 peratus daripada kesemua kes.

    Wilayah selatan Dhi Qar, pusat penternakan lembu dan haiwan lain, telah menyumbang kepada 29 kes dan enam kematian.

    Wilayah utara Kirkuk mengumumkan kematian pertama akibat penyakit itu pada Jumaat.

    “Kami belum mencapai peringkat epidemik, tetapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu,” beritahu Badr kepada AFP hari ini.

    “Prosedur yang diamalkan oleh pihak berkuasa berlainan masih kurang memuaskan, terutamanya berhubung penyembelihan tidak terkawal,” tambah beliau.

    Pihak berkuasa telah melancarkan tindakan keras ke atas rumah penyembelihan yang disyaki melanggar peraturan kesihatan, dan beberapa wilayah di Iraq telah mengharamkan haiwan ternakan yang masuk dan keluar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda