Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demam Piala Dunia melarat ke UBD

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 NOV – Bersempena Piala Dunia FIFA 2022 yang sedang berlangsung di Qatar, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Antara Fakulti 2022 di Padang 1, Padang Hoki UBD, Tungku Link, kelmarin.

    Pasukan Belanda muncul juara, manakala Mexico, Argentina, Belgium masing-masing di tempat kedua, ketiga dan keempat.

    Setiap pasukan diwakili oleh staf-staf daripada fakulti-fakulti di UBD.

    Pasukan Belanda terdiri daripada staf di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia; Pejabat Bendahari; Canselori; Bahagian Hal Ehwal Pelajar; Pejabat Perhubungan dan Kemajuan Alumni; dan Institut Data Gunaan dan Analitik.

    Manakala, pasukan Mexico terdiri daripada staf di Bahagian Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Fakulti Teknologi Bersepadu; Institut Kepimpinan, Inovasi dan Kemajuan; Institut Kajian Dasar; Fakulti Sains; dan Pusat Sains Bahan dan Tenaga Termaju.

    Pasukan Belanda bergambar ramai dengan trofi dan pingat yang dimenangi mereka. – Gambar serahan UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda