Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demam X Files kini kembali

    ULASAN OLEH RUZAINI HJ DAUD

     

    SETENTUNYA ramai penonton yang membesar dengan X-Files, sebuah siri drama yang memfokuskan kepada aspek penyiasatan terhadap sebarang fenomena paranormal atau ganjil ciptaan Chris Carter.

    Dalam siri drama tersebut menggandingkan dua orang ejen perisikan FBI iaitu Fox Mulder lakonan David Duchovny dan Dana Scully lakonan Gillian Anderson.

    Siri drama tersebut telah ditayangkan selama sembilan musim dari tahun 1993 hingga 2002. Kemudian siri tersebut diteruskan kembali dengan menampilkan musim ke-10 pada tahun 2016 di mana ia menonjolkan kisah perkahwinan di antara Mulder dan Scully.

    Kehidupan dua ejen perisik tersebut setentunya berlangsung dengan cukup bahagia sehingga mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama William.

    X –Files musim ke-11 kembali memperlihatkan aksi Fox Mulder dan Dana Scully yang berusaha untuk menyelamatkan anak lelaki mereka.

    Walaupun sebelum ini Dana Scully berpegang kepada prinsip skeptikal sehingga dia sukar untuk mempercayai terhadap kehadiran anasir paranormal dan kuasa-kuasa ajaib sebagaimana yang dipercayai oleh suaminya.

    Di awal musim ke-11 siri ini, pasangan ejen perisikan tersebut telah dikejutkan dengan peristiwa kehilangan anak mereka yang dipercayai telah diculik oleh kuasa ajaib tersebut.

    Justeru, kini pasangan tersebut harus kembali bekerjasama untuk kembali mendapatkan anak kesayangan mereka di samping cuba untuk merungkai misteri di sebaliknya.

    Maka untuk mengetahuinya jangan terlepas untuk terus menonton siri drama X-Files musim ke-11 sehingga ke penghujungnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda