Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    DeMarcus kembali pulih

    TORONTO, Kanada, 30 Mei – Pemain tengah All-Star Golden State, DeMarcus Cousins ​​ kini kembali pulih selepas mengalami kecederaan otot bulan lalu tetapi jurulatih Warriors, Steve Kerr tidak pasti adakah dia akan beraksi pada perlawanan akhir pembukaan NBA Khamis ini.

    DeMarcus ​​mengalami kecederaan otot kiri dalam kerjaya keduanya dalam perlawanan playoff NBA tetapi pemain berbakat berusia 28 tahun yang kini kembali pulih itu memberi pilihan lain apabila pasukan itu bakal menghoskan perlawanan menentang Toronto pada perlawanan the best-of-seven.

    “DeMarcus telah berusaha untuk kembali pulih daripada kecederaan, yang kami rasakan pada masa itu telah berakhir,” kata Kerr hari ini. “Dia telah benar-benar berusaha untuk kembali sembuh.

    “Dia kini telah kembali, dia telah menjalani beberapa latihan dan ternyata dia sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.”

    Kerr tidak mengatakan jika Warriors akan beraksi dengan penampilan DeMarcus ​​dalam beberapa perlawanan. Kerr berkata keadaan akan menentukan segalanya.

    “Ini bukan musim biasa, ini perlawanan akhir,” kata Kerr. “Jadi, kita perlu memikirkan cara yang terbaik untuk memanfaatkannya, berapa minit dia mampu beraksi dan bagaimana keadaan perlawanan itu sendiri.

    “Beberapa perkara itu akan ditentukan dalam perlawanan nanti.”

    Bagi pihaknya, DeMarcus bersedia setiap kali dipanggil tetapi beliau memahami ia bukan berkaitan dengan keputusannya semata-mata.

    “Saya merasa kembali sembuh,” kata DeMarcus. “Saya masih berusaha untuk membina daya tahan otot untuk bermain pada perlawanan yang memerlukan saya bekerja keras, tetapi segala-galanya berjalan dengan baik. Kami akan bersama dan mengikut rancangan terbaik untuk saya.” – AFP

    Gambar fail pada 2 April 2019 menunjukkan DeMarcus duduk di bangku simpanan semasa perlawanan menentang Denver Nuggets di ORACLE Arena di Oakland, California. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda