Saturday, November 2, 2024
34.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demare juarai peringkat Giro kedua berturut-turut

    SCALEA, ITALI, 13 MEI – Arnaud Demare memberi amaran bahawa dia tidak boleh dipandang rendah selepas menjadi pelumba Perancis paling berjaya di Giro d’Italia dengan kemenangan kedua dalam dua hari di peringkat enam kelmarin.

    Pelumba Groupama-FDJ berusia 30 tahun itu memenangi penamat pecut yang mendebarkan untuk menewaskan Caleb Ewan dari Australia dalam aksi sengit selepas perlumbaan sejauh 192km dari Palmi ke Scalea di wilayah selatan Calabria.

    Kemenangan ketujuh Demare di peringkat Giro menjadikannya pelumba Perancis paling hebat dalam perlumbaan di sekitar Itali mengatasi legenda Jacques Anquetil dan Bernard Hinault, yang masing-masing mempunyai enam gelaran juara.

    Pelumba Britain, Mark Cavendish, pemenang pada hari Ahad lalu di Hungary, menduduki tempat ketiga dalam pecut berkelompok dengan pelumba Sepanyol, Juan Pedro Lopez dari Trek untuk mempertahankan jersi merah jambu pendahulu yang diraihnya pada Selasa lalu di Gunung Etna.

    Peringkat ketujuh hari Jumaat nanti pula bakal melalui perjalanan yang melelahkan sejauh 196km antara Diamante dan Potenza termasuk empat pendakian antara pantai di pedalaman Calabrian ke Basilicata dengan penamat puncak.

    “Pasukan saya telah melakukan tugas yang luar biasa. Saya hanya perlu menamatkan 100m lagi untuk mengalahkan Cavendish.

    “Saya mengayuh sekuat hati saya untuk mencapai garisan penamat dan ia jelas berhasil,” ujar beliau. – AFP

    Reaksi Arnaud Demare selepas memenangi peringkat ke-6 perlumbaan berbasikal Giro d’Italia 2022 kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda