BARCELONA, 26 JAN – Jaringan Ousmane Dembele, menyerlahkan prestasi cemerlang apabila membantu Barcelona menewaskan Real Sociedad 1-0 kelmarin sekali gus mara ke separuh akhir Copa del Rey.
Penyerang Perancis itu menjaringkan gol pada minit ke-52 untuk mengukuhkan rekod pasukan sebagai pemenang piala 31 kali ketika menentang La Real yang beraksi dengan hanya 10 pemain,setelah Brais Mendez dibuang padang pada babak akhir separuh masa pertama.
Barcelona menikmati permulaan yang kukuh untuk 2023, memenangi Piala Super Sepanyol dan mendahului tiga mata daripada Real Madrid di puncak La Liga.
Real Sociedad kendalian Imanol Alguacil menduduki tempat ketiga, kehilangan pemain veteran David Silva dan Mikel Merino kerana kecederaan.
Pengurus Barcelona, Xavi Hernandez, pada hari lahirnya yang ke-43, membimbing pasukannya mencapai kemenangan melalui kecekapan Dembele.
Jurulatih itu mempertahankan Dembele ketika mengambil alih tugas di Barcelona pada November 2021, mengatakan bahawa dengan kerja keras dia boleh menjadi pemain sayap terbaik di dunia.
“Perkara yang paling penting ialah mempunyai mentaliti bahawa awda akan membuat perubahan di Barcelona,” kata Xavi kepada pemberita pada kelmarin.
“Bagi saya, Dembele masih antara yang terbaik di dunia dalam kedudukannya. Saya gembira untuknya kerana dia seorang lelaki dan profesional yang baik.
“Dia telah mengubah keadaan dan itu tidak mudah di Barca.”
Penyokong Barcelona kerap menunjukkan kemarahan mereka terhadap pengadil Jesus Gil Manzano pada separuh masa pertama kerana mengeluarkan Lewandowski dari padang ketika menentang Osasuna pada November, mengakibatkan penggantungan ketika pemain Poland itu masih bermain dalam La Liga. – AFP