Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dembele direhatkan sementara

    BARCELONA, 16 Jan – Pemain Barcelona, Ousmane Dembele terpaksa diketepikan selama ‘tiga ke empat minggu’ yang memberi tamparan baharu kepada penyerang Perancis itu, umum kelabnya, hari ini.

    Dembele dipalit kecederaan selepas dia dikeluarkan pada babak kedua ketika Barcelona mencatat kemenangan 4-2 ke atas Real Sociedad dalam aksi La Liga di laman lawan, semalam. Bagaimanapun, kecederaan itu berbeza daripada kesakitan hamstring yang memaksanya berehat panjang selama tiga setengah bulan, sebelum ini.

    “Selepas perlawanan menentang Real Sociedad, Dembele menghadapi masalah dengan paha kirinya dan ujian mengesahkan pemain itu mengalami kecederaan hamstring di bahagian otot tetapi ia tidak membabitkan bahagian di mana dia menjalani pembedahan pada awal musim ini,” kata Barcelona dalam kenyataan di laman webnya.

    Dembele (kiri) ketika beraksi menentang pasukan Celta dalam perlawanan Spanish Copa del Rey di Stadium Camp Nou di Barcelona pada 11 Januari 2018. Dembele terpaksa diketepikan selama ‘tiga ke empat minggu’ yang memberi tamparan baharu kepada penyerang Perancis itu, umum kelabnya, Kelmarin. – AFP

    Bekas pemain Borussia Dortmund itu ketika ini berlumba dengan masa untuk bersedia bagi perlawanan pertama Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Stamford Bridge yang dijadual pada 20 Februari ini.

    Dembele hanya kembali beraksi pada awal bulan ini selepas mengalami kecederaan hamstring pada September tahun lalu. Masalah kecederaan merencatkan permulaan kerjayanya di Barcelona susulan perpindahan AS$124 juta dari Dortmund pada Ogos lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda