MADRID, 2 NOV – Ousmane Dembele, yang tidak bermain selama empat bulan selepas pembedahan pada lutut kanannya, merupakan salah seorang daripada empat pemain yang dipanggil semula ke skuad Barcelona untuk menentang Dynamo Kiev dalam Liga Juara-Juara, umum kelab tersebut kelmarin.
Pemain sayap antarabangsa Perancis, Dembele kembali menjalani latihan bersama skuad tersebut pada 11 Oktober buat kali pertama selepas mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Perancis menentang Hungary pada Kejohanan Eropah pada Jun.
Dia menjalani pembedahan pada 29 Jun di Finland.
Barcelona berada di tempat ketiga dalam kumpulan mereka tetapi hanya satu mata di belakang Benfica yang menduduki di tempat kedua. – AFP
