Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demi berjimat, McDonald’s Jepun jual kentang goreng saiz kecil

    TOKYO, 22 DIS – McDonald’s Jepun terpaksa untuk mencatu kentang goreng di negara itu ketika COVID-19 dan banjir memaksa Kanada mengehadkan import kentangnya.

    McDonald’s Jepun berkata ia hanya akan menjual kentang bersaiz kecil selama seminggu bermula Jumaat untuk mengelak kekurangan bekalan itu.

    “Disebabkan banjir skala besar dekat Pelabuhan Vancouver…dan rangkaian bekalan global yang berkurang disebabkan pandemik koronavirus, berlaku penangguhan dalam bekalan kentang,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

    Syarikat itu berkata ia telah mengambil langkah untuk memastikan para pelanggan masih lagi dapat menempah kentang goreng, meskipun ‘pemerolehan sumber stabil’ ternyata sukar.

    Pengehadan itu muncul semasa tempoh hujung tahun yang sibuk, dengan sekolah-sekolah dan pejabat mula untuk menutup operasi untuk cuti awam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda