Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Demi Lovato, Jordan Jutes Lutes kini bergelar suami isteri

    Tiga tahun mengenal hati budi, Demi Lovato akhirnya sah menjadi isteri kepada penyanyi dan penulis lirik Jordan Jutes Lutes kelmarin.

    Pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat di Los Angeles, California, menurut petikan mStar.

    Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran tiga ekor anjing kesayangan mereka.

    Menerusi foto yang tular, penyanyi berusia 32 tahun itu mengenakan gaun pengantin rekaan khas Vivienne Westwood berwarna putih mutiara yang diperbuat daripada satin sutera.

    Malah untuk majlis resepsi pula, penyanyi itu mengenakan gaun sutera satin ivory dengan korset yang dihiasi mutiara hasil rekaan pereka sama.

    Difahamkan kedua-dua gaun pengantin itu merupakan rekaan idamannya sejak dahulu lagi.

    Untuk rekod, Demi dan Jordan mula berkenalan pada pada Januari 2022 ketika bekerjasama dalam menghasilkan lagu Substance dan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2023.

    Lovato menyifatkan hubungan mereka penuh dengan gelak tawa malah menganggap Jordan adalah lelaki terbaik buat dirinya. – Agensi

    Lovato dan Jordan kini suami isteri. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda