Penyanyi Demi Lovato dilaporkan sedang menghitung hari bahagia untuk bergelar isteri kepada tunangnya iaitu Jordan Jutes.
Pasangan ini dikatakan sedang merancang majlis perkahwinan mereka yang dijangka berlangsung hujung Mei ini.
Demi bagaimanapun belum mendedahkan secara terperinci lokasi dan serta tarikh sebenar majlis berkenaan.
Mengakui dalam fasa bahagia, penyanyi ini juga memberitahu Jordan adalah lelaki terbaik untuk dia hidup bersama.
“Saya hidup dan bernafas untuk hubungan kami. Saya akan lakukan apa saja untuk bersamanya.
“Saya melihat masa depan saya bersama dengannya,” katanya memetik laporan TMZ.
Untuk rekod, Demi dan Jordan mengumumkan pertunangan mereka pada Disember 2023 selepas setahun berkenal.
