BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Salah seorang penerima Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Ke-cemerlangan Sukan (SPKS) bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31, Vietnam 2021, iaitu Dayang Anisah Najihah binti Abdullah semasa ditemui pihak media mengongsikan perasaan gembira dan keterujaannya apabila berjaya menerima SPKS setelah memperoleh pingat perak dalam Sukan Pencak Silat, Kategori Seni Regu Wanita yang disertainya semasa Sukan SEA Ke-31 yang lepas.
(Klik di sini untuk berita lanjut)