WASHINGTON, 1 Jan – Para ahli undangan Demokratik mendedahkan rancangan untuk menamatkan penutupan sebahagian kerajaan persekutuan menerusi penelitian dan pengundian berhubung rang undang-undang peruntukkan sebaik saja mereka mengambil alih Dewan Perwakilan pada Khamis.
Namun masa depan rang undang-undang itu nampaknya tidak pasti. Teks rang undang-undang itu tidak termasuk membiayai tembok sempadan AS-Mexico yang diinginkan oleh Presiden Donald Trump untuk menghentikan penghijrahan haram.
Menerusi Twitter yang mencemuh Demokrat kerana keengganan mereka membiayai tembok sempadan, presiden Republikan itu berkata “Demokrat mungkin mengemukakan rang undang-undang, yang menyerahkan segalanya tetapi tidak memberikan apa-apa kepada Keselamatan Sempadan iaitu Tembok.
“Tanpa Tembok itu tidak akan ada Keselamatan Sempadan.”
Beliau juga mengulangi dakwaannya yang setakat ini tidak terbukti – bahawa Mexico membayar tembok sempadan menerusi perjanjian perdagangan baharu yang dimeterai antara kesemua tiga negara Amerika Utara (Kanada, Mexico dan AS).
“Saya berada di Pejabat Oval. Sekarang pihak Demokrat pulang dari bercuti dan memberikan undi yang perlu bagi Keselamatan Sempadan, termasuklah Tembok,” kata Trump melalui Twitter.– AFP