Oleh Rafiah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Seorang lelaki dihukum denda $11,000 oleh Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan memiliki 14 karton rokok pelbagai jenis tanpa mengisytiharkan kepada pihak kastam.
Tee Son Hing, 30, mengaku bersalah memiliki barang tegahan itu dalam keretanya ketika ditahan untuk pemeriksaan di Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah pada 16 April 2018 sekitar jam 10:20 pagi.
Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman memberi defendan tempoh sehingga 29 September 2018 untuk membayar denda dan jika gagal berdepan hukuman 11 bulan penjara.