Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Mahkamah Majistret hari ini mengenakan denda berjumlah $16,000 ke atas seorang lelaki warga Malaysia berusia 31 tahun kerana memiliki 53 karton rokok dan 12 tin minuman keras.
Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman mengarahkan defendan, Hwong Yu Hing supaya membayar denda atau menjalani hukuman penjara 13 bulan sekiranya gagal membayar.
Mahkamah diberitahu barangan tegahan itu ditemui ketika penggeledahan dilakukan ke atas keretanya apabila dia ditahan semasa tiba di pos kawalan Kuala Lurah pada pukul 6:45 pagi pada 23 Mac 2013.