Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Sebuah syarikat telah dikenakan denda $3,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, kerana gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan tahunannya.
Hukuman denda dijatuhkan oleh Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid terhadap Inovasi Teknologi Sepadu Sdn Bhd selepas pengarahnya mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan butiran pulangan cukai pendapatan yang berakhir 31 Disember 2014, 2015 dan 2016.