Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denda $40,200 miliki barangan tegahan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Sept – Seorang lelaki dijatuhi denda $40,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki 52 karton dan sembilan paket rokok, 24 botol arak dan 14 kilogram sayap ayam tanpa kebenaran pihak kastam.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan denda itu terhadap Aizatul Adnin bin Roslan dan jika gagal membayar, akan berdepan hukuman 12 bulan dan dua minggu penjara.

    Perbuatannya memiliki barang seludup dalam perahunya itu dikesan oleh pegawai Pencegah Kastam yang membuat pemeriksaan pada 11 Ogos 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda