Sunday, October 6, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denda $60,000 miliki rokok

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Mahkamah Majistret kelmarin telah memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk membayar denda $60,000 selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok yang tidak diisytiharkan di dalam kenderaannya.

    Badie Uzzaman bin Mahat, 34, akan menjalani hukuman penjara 16 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa kastam memaklumkan Majistret Kanan, Harnita Zelda Skinner bahawa defendan telah ditangkap dalam sekatan jalan raya pada 9 September 2021 di Jalan Babu Raja dalam operasi bersama antara pegawai pencegahan Kastam dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Sekatan jalan raya itu membawa kepada penemuan 74 karton dan sembilan paket rokok pelbagai jenama di dalam kereta defendan dan disahkan diseludup.

    Mahkamah juga mengarahkan agar kesemua rokok itu untuk dimusnahkan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda