Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Seorang lelaki warga Bangladesh yang memiliki 80 karton rokok seludup dijatuhi hukuman denda $64,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.
Hukuman ke atas Sabuj Miah, 36, yang mengaku bersalah memiliki barang tegahan itu diputuskan oleh Majistret Kanan Azrimah binti Haji Abdul Rahman yang turut memerintahkan hukuman 12 bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda.
Tertuduh didapati memiliki sejumlah karton rokok itu di dalam keretanya ketika ditahan di kawasan depan Masjid Zainab, Lumut pada 25 April 2018 kira-kira jam 12:44 tengah malam.
Cukai eksais bagi rokok-rokok itu berjumlah $8,000.