Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denda $8,000 miliki rokok

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 SEPT – Seorang wanita tempatan yang memiliki rokok seludup di kediamannya telah diarah untuk membayar denda $8,000 oleh Mahkamah Majistret pada hari ini.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkan Sokot @ Siti Nurkhairiyah Sorhana binti Abdul Rani, 64, menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah memiliki 10 karton rokok pelbagai jenama.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam telah membuat pemeriksaan di rumah defendan di Kampung Tumpuan Telisai, Jalan Danau pada 2:22 petang 2 April lalu.

    Mahkamah memerintahkan rokok yang dirampas itu untuk dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda