Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    3 syarikat halang laluan kaki lima didenda

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OGOS- Tiga buah syarikat yang telah diberikan amaran, 2 buah syarikat telah dikenakan denda kompaun, baru-baru ini dalam operasi Kemas (OPKEMAS) yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa di daerah ini.

    Denda kompaun ini adalah kerana tidak mematuhi amaran pihak yang berkuasa dan telah melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018 iaitu meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan kaki lima yang boleh mengundang bahaya akibat dari keadaan kawasan yang licin serta kotor.

    Dalam siaran akhbar jabatan berkenaan menegaskan, kegiatan ini boleh menjejaskan nilai aestetik dan kecantikan kawasan-kawasan perniagaan di negara ini.

    Jabatan berkenaan mengingatkan kepada orang ramai, denda bagi setiap satu kesalahan adalah sejumlah wang tidak melebihi $500 diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda-denda tersebut.

    Pihak Autoriti Perancang melalui Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan juga mengingatkan orang ramai khususnya syarikat dan pemilik-pemilik bangunan perniagaan dan industri bagi sama-sama sentiasa mematuhi undang-undang perancangan.

    Ini adalah bagi memastikan keindahan, kebersihan serta keselamatan kawasan perniagaan di Negara ini untuk sentiasa di jaga.

    Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline Jabatan Perancang Bandar dan Desa di talian 8200222.

    Barang yang diletakkan di kawasan kaki lima boleh mengundang bahaya.
    Menjejaskan kecantikan kawasan perniagaan. GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda