Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    (Siri 1)

    Oleh Dino MN –

    Setelah sekian lama dia menyepi tidak diketahui ke manakah dia pergi menghilang dari kampungnya.

    Penduduk kampung baru menyedari akan ketiadaan Darud setelah dua minggu dia tiada muncul-muncul dalam kalangan orang-orang kampungnya. Mereka tertanya-tanya sesama sendiri tetapi tiada seorang pun yang dapat memberi jawapan dalam persoalan itu.

    Mengikut dari Mak Kunah…Darud menghilang setelah diputuskan oleh kekasihnya.

    Darud adalah seorang anak muda yang tampan dan baik hati, dia adalah anak Mak Kunah dan bapanya sudah meninggal semasa Darud berumur tiga tahun. Sejak kematian suaminya, Mak Kunah tidak mahu berkahwin lagi walaupun ada lelaki muda dan ada yang sudah duda ingin menikahinya, tapi Mak Kunah tidak mahu menerima mereka. Darud dibesarkan oleh Mak Kunah sendirian.

    Darud sempat jatuh hati pada seorang gadis di kampung seberang bernama Dara. Bapa Dara adalah seorang yang kuat beragama. Dia melarang anak gadisnya bergaul bebas bersama lelaki di sekitar kampungnya. Sesekali lolos juga Dara daripada pengawasan bapanya untuk menemui Darud kekasihnya.

    Gambar chatGPT

    Kisah percintaan Darud yang sulit tersebut menjadi buah mulut tetangga dan orang kampung. Ada juga yang bersimpati kepada pasangan yang malang itu.

    Pada suatu seketika…seorang pemuda miskin yang bernama Dewata tapi baik hati diam-diam menaruh hati kepada Dara. Dia pergi membawa beberapa kawannya memberanikan dirinya untuk menyatakan hasratnya kepada Dara. Tapi Dara dengan rasa megah diri mengatakan Dewata tidak sebanding dengannya.

    “Kamu orang miskin mana sepadan duduk bersama aku. Lagipun aku sudah ada lelaki yang aku pilih untuk pasangan hidupku,” kata Dara dengan nada sombongnya. Kawan-kawan Dewata terasa tersinggung dengan ucapan Dara itu.

    “Walaupun aku miskin tapi aku jujur menyukaimu Dara…percayalah, nanti aku menyuruh bapaku datang ke rumahmu bertemu dengan bapamu untuk meminangmu,” kata Dewata merayu kepada Dara.

    “Puiii…” Dara meludah muka Dewata dengan bencinya.

    “Kau fikir kau layak hidup mendampingiku…jangan bermimpi hai Dewata!!!,” sambungnya dengan sombong sekali sambil pergi meninggalkan Dewata yang terpinga-pinga menahan malu yang amat sangat. Melihat keadaan Dewata sebegitu dipermalukan oleh Dara…kawan-kawannya menenangkan perasaan Dewata.

    “Jangan pedulikan perempuan hina itu Dewata…dia fikir dia yang paling kaya di kampung ini? Bapanya cuma memiliki beberapa keping tanah itu belum cukup kaya.”

    “Ya betul…dia cuma mempunyai kekayaan sombong di hati…itu saja,” kata seorang dari kawannya.

    “Tunggu saja kau Dara…aku tak akan putus asa…aku pastikan kau akan jadi milikku,” kata Dewata dengan nada cukup geram.

    Dua bulan berlalu setelah Dara mempermalukan Dewata di hadapan kawan-kawannya, Dewata tidak timbul menemui kawan-kawannya. Dia asyik berkurung di rumahnya. Bila ada kawan-kawannya datang melawatnya barulah dia keluar dan melayan mereka seperti biasa. Bila saja kawan-kawannya mengajak keluar jalan dia langsung menolak.

    Hari baik matahari terbit dari timur…bulan di langit terang-benderang sinarnya menyapu alam…saat bulan purnama para pemuja cinta mandi berlumur air bunga tujuh warna…maka tunduklah para pemuja cinta menerkam kepada dewa hati, lalu bersatu memaut dua hati menjadi satu hidup bersama.

    Itulah Dewata telah menaklukkan hati sang Dara yang sombong yang suatu waktu yang lalu meludahi muka Dewata akhirnya datang ke rumah Dewata pada waktu bulan purnama berlutut di hadapannya meminta Dewata menikahinya. Kau akan menyesal Dara…katanya dalam hati.

    Dalam seminggu sebelum bulan purnama penuh di langit, setiap malam Dara mendengar suara Dewata memanggil-manggilnya meminta dia datang dan naik ke rumahnya.

    “Betulkah apa yang kamu katakan ini Dara?,” tanya Darud kepada kekasihnya Dara.

    “Betul bang Dar…jelas suaranya mendayu-dayu memujukku…aku tak tahan begini,” kata Dara kepada Darud. Darud berjanji akan menemui Dewata untuk menyatakan apa yang Dara alami akhir-akhir ini.

    Menepati janjinya kepada Dara kekasihnya…sehari selepas itu Darud bersemuka dengan Dewata bertanya hal yang dialami oleh Dara akhir-akhir ini.

    “Apa ada hubungannya dengan aku…,” kata Dewata bertanya balik kepada Darud yang berterusan menekan dan menuduh Dewata.

    “Pastilah ada…jika tidak mana mungkin Dara sering mendengar suaramu memanggil-manggil padanya…,” Darud masih berkeras menuduh Dewata punya angkara sambil jarinya menuding ke muka Dewata. Dewata masih juga bersabar tetapi kesabaran juga ada batasnya.

    “Kau Darud boleh berkata apa saja yang kau mau…tapi apa sebenarnya yang berlaku pada ku atas kejahatan Dara kekasihmu itu…Dia membenciku malah meludah mukaku. Kau tahu harga mukaku?,” jerit Dewata langsung meludah muka Darud.

    “Macam itulah Dara meludah mukaku…jika saja yang meludah mukaku adalah lelaki seperti mu, mungkin saja mukanya babak belur ku tumbuk dengan tanganku ini,” sambil menunjuk tangan penumbuknya hampir ke muka Darud.

    “Memang aku sengaja membuat Dara begitu…biar dia merasa sakitnya rasa orang yang dia ludahnya…aku mahu dia datang berlutut kepadaku,” kata Dewata penuh geram dan mengusir Darud dari hadapannya. Darud segera balik dan dia langsung bertemu Dara.

    “Begitu kata Dewata pada abang…ni..ni..ni muka abang ini pun diludahnya.”

    “Jangan pedulikan dia bang, dia yang merayu menyatakan cinta padaku…layaklah dia menerima ludah kebencianku padanya,” kata Dara penuh sombong. Darud mengingatkan Dara supaya jangan keluar rumah takut-takut Dewata datang akan mengganggunya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Disyorkan Untuk Awda