Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dendam Tok Darud

    (Siri 7)

    Oleh Dino MN – 

    Mak Kunah sudah pergi bersama anaknya Darud ke Kampung U-ud Liyu menemui saudara kandungnya. Perjalanan ke Kampung U-ud Liyu melalui jalan sungai menggunakan motor sangkut kira-kira lima jam baru sampai ke rumah saudara kandung Mak Kunah. Mak Kunah sendiri sudah lama tidak sampai di Kampung U-ud Liyu. Ini disebabkan cara perjalanan ke kampung tersebut adalah sulit.

    Darud duduk di bahagian caruk motor sangkut sambil memerhatikan percikan air sungai dari badan perahu motor sangkut yang membawa mereka.

    Sesekali pandangan Darud menerkam beberapa ekor burung likap terbang menyusur sungai dan hinggap pada dahan pohon bangaris yang tinggi. Kemudian burung likap itu berbunyi dengan kuat dan nyaring persis ketawa pontianak yang sangat menyeramkan.

    Saudara Mak Kunah yang bernama Simpul telah berkahwin dengan anak gadis ketua Kampung U-ud Liyu yang terkenal dengan ilmu hitam itu terus menetap di Kampung U-ud Liyu sehingga sekarang dan kini dia dikenali dengan panggilan Liau Simpul. Bunyi enjin moto sangkut berdengung-dengung menelusuri sungai itu menuju ke Kampung U-ud Liyu.

    Kekadang Darud berdiri meluruskan badannya kerana terlalu kelamaan duduk.

    Gambar AI
    Gambar AI

    Bunyi enjin motor sangkut menjerit kuat memenuhi ruang di sekeliling sungai tetapi perahu motor sangkut tidak bergerak laju dan terus berhenti. Pemandu motor sangkut terus berdiri dan mengangkat enjin hingga menampakkan kipas motor sangkut tersebut.

    “Ada apa…mengapa enjinnya mati…rosakkah?” tanya Darud ingin tahu.

    “Tidak apa-apa…cuma pinnya patah terlanggar batang kayu yang hanyut di permukaan sungai,” kata pemandu motor sangkut. Dia terus memasang pin yang baru dan tidak lama kemudian enjin motor sangkut tersebut pun mula hidup dan pemandu pun meneruskan perjalanan mereka menentang arus menuju ke Kampung U-ud Liyu. Masih ada setengah jam perjalanan lagi barulah mereka sampai ke Kampung U-ud Liyu.

    Pemandu motor sangkut menghidupkan enjin motor sangkut setelah berehat lebih kurang setengah jam untuk makan mengisi perut. Darud kembali ke bahagian caruk perahu motor sangkut tempat dia mula-mula duduk tadi. Waktu sudah masuk ke senja. Cahaya di langit biru cerah kekuningan bercampur jingga. Sinar mata hari semakin redup dan angin daripada kelajuan motor sangkut menambahkan dingin terasa.

    Bersama jeritan enjin motor sangkut, fikiran Darud melayang balik ke kampung yang baru ditinggalkannya. Wajah Dara kekasihnya yang kini berubah hati jelas bermain di ingatannya.

    “Dara… sampainya hatimu memutuskan ikatan cinta kita. Sedangkan aku masih mencintai mu. Agak sukar aku melupakanmu Dara…satu masa nanti kau akan menyesal Dara kerana memutuskan hubungan cinta kita,” katanya dalam hati.

    “Masih lama lagikah sampai ke Kampung U-ud Liyu?,” tanya Mak Kunah kepada pemandu motor sangkut itu.

    “Sekitar setengah jam lagi Mak Kunah,” jawab pemandu motor sangkut.

    “Sekarang pukul berapa Darud?” Darud tersentak. Lamunannya terputus. Darud melihat jam tangannya.

    “Pukul enam setengah mak.”

    “Oh…kira-kira pukul tujuh malam kita akan sampai,” sampuk pemandu motor sangkut.

    Seperti yang dijangkakan, akhirnya Mak Kunah dan anaknya Darud pun sampai ke rumah saudara Mak Kunah di Kampung U-ud Liyu. Mereka disambut oleh Liau Simpul dengan senang hati kerana dapat bertemu saudaranya Mak kunah dan anak saudaranya Darud.

    Di kampung halaman Darud, setelah sebulan berlalu…Pakrul Liman dan Semayu sibuk benar memestikan keadaan rumah mereka tersusun rapi kerana majlis pertunangan anaknya Dara tidak lama lagi akan berlangsung. Semua orang kampung sudah diundang untuk memeriahkan acara pertunangan anaknya Dara.

    Di rumah Megat Koming juga tidak kalah dengan persiapan majlis pertunangan anaknya Dewata. Barang-barang hantaran sudah siap semunya hanya menunggu majlis rasmi pertunangan antara Dewata dengan Dara.

    Rombongan membawa tanda pertunangan dan hadiah seperti keperluan wanita serba satu, kain baju… makeup dan wang belanja hangus sebanyak $10,000 dari Dewata untuk tunangnya Dara sudah bersiap sedia untuk menuju ke rumah Pakrul Liman.

    Sementara di rumah Pakrul Liman, isterinya Semayu sibuk melayan tetamu undangnnya.

    Penghulu menjadi ketua majlis bagi pihak Pakrul Liman. Di bilik Dara tersusun beberapa gangsa yang berhias indah berisi barang-barang balasan untuk Dewata. Di tengah-tengah bilik tamu itu ada kerusi yang berhias dengan manik-manik yang berkilauan membentuk pelbagai rupa hasil usaha kerajinan seorang yang diundang oleh keluarga Pakrul Liman. Di atas kerusi yang berhias itulah nantinya Dara duduk bagi acara perasmian pertunangannya dengan Dewata. Dewata sendiri yang akan menyarungkan cincin pertunangan itu ke jari Dara.

    Acara berjalan lancar. Rombongan peminangan dari Dewata anak Megat Koming yang diketuai oleh penghulu, sudah sampai di pekarangan rumah Pakrul Liman. Mereka disambut oleh keluarga Pakrul Liman dan mempersilakan rombongan dari Megat Koming yang diketuai penghulu masuk ke ruang bilik tamu rumah Pakrul Liman. Di situ siap duduk menunggu tuan imam mewakili keluarga Pakrul Liman menyambut ketua rombongan dari keluarga Megat Koming.

    Penghulu selaku ketua rombongan yang mewakili Megat Koming dan tuan imam mewakili keluarga Pakrul Liman telah pun menyelesai timbang terima kedua belah pihak mengikut adat turun temurun. Dewata telah pun menyediakan wang hantaran atau belanja hangus sebanyak $10,000 berserta barangan lain. Dara terkejut Dewata yang pernah di katakannya pemuda miskin ternyata orang yang berada juga. Dia berfikir harga dirinya tidak bernilai setelah mencemarkan keluarganya dengan menaiki rumah Dewata meminta bernikah dengan Dewata. Sebenarnya Dewata tidak perlu menyediakan hantaran sebegitu kerana dia sendiri menyerahkan dirinya kepada Dewata.

    Bagi Dewata pula dia memikirkan dengan hantaran mewah yang disediakannya adalah untuk menutup maruah keluarga Pakrul Liman di mata masyarakat kampung setelah Dara melakukan tindakan yang bertentangan dengan adat. Kerana penduduk kampung mencemuh bahawa anak gadis Parul Liman seorang gadis yang murah. Tetapi dengan pengaruh penghulu dan tuan iman menerangkan kedudukan sebenar tindakan Dara tersebut adalah untuk menjauhkan diri daripada perbuatan terkutuk Darud yang cuba menodai Dara. Mata dan telinga penduduk kampung sudah melihat dan mendengar perkara sebenarnya dan mereka datang memohon maaf kepada Semayu, mama Dara.

    Darud pula sudah lenyap dari kampung halamannya sejak Dara sudah membencinya dan dengan perasaan penuh geram menghilangkan dirinya yang orang-orang kampung tertanya-tanya keberadaannya…dia di Kampung U-ud Liyu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda