Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    (Siri 9)

    Oleh Dino MN – 

    Secepat kilat Megat Koming menepis siraman air ke mukanya oleh beliau tua bermisai panjang dengan kain hitam sebesar satu meter persegi yang jatuh bersama tabir pintu semasa Megat Koming menghentakkan kakinya ke atas buluh nipis depan pintu sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk. Setitis pun air itu tidak mengenai muka Megat Koming.

    “Oi…beliau tua, aku tahu hati busukmu…kau telah melakukan dengan ilmu laknatmu ingin merosak majlis hari ini…aku tahu kaulah yang menyimpan kain hitam atas tabir pintu rumah pengantin perempuan. Sayangnya kau sangat cerubuh hingga nyawamu tidak kau lindungi…tadinya aku mahu menolongmu agar ilmu jahatmu tidak memakan dirimu sendiri,” kata Megat Koming kepada beliau tua bermisai panjang yang nampaknya semakin lemah.

    “Perbuatanmu Allah tidak menerima dan kami juga tidak mahu menerimanya…aku kembalikan kain hitam kejahatanmu ini…nah ambil…,” kata Megat Koming sambil melemparkan kain hitam itu tepat ke muka beliau tua bermisai panjang. Darah masih menitis dari mulut dan hidungnya. Seorang anak muda terus memapah beliau tua bermisai panjang itu berjalan meninggalkan halaman rumah Pakrul Liman. Orang ramai riuh memperkatakan beliau tua bermisai panjang yang misteri itu.

    Beliau tua bermisai panjang yang muntah darah terus dibawa balik ke kampung asalnya.

    Berita kecederaan beliau tua bermisai panjang sudah diketahui oleh Liau Simpul. Dia sangat marah dan berjanji akan menuntut bela kerana beliau tua bermisai panjang itu adalah adik isterinya. Selang seminggu beliau tua bermisai panjang itu pun meninggal. Dendam Liau Simpul bertambah membara.

    Gambar oleh Dino MN
    Gambar oleh Dino MN

    Di Kampung U-ud Liyu yang jauh ke ulu sungai itu, Darud masih tinggal bersama bapa saudaranya Liau Simpul. Liau Simpul telah mewarisi ilmu hitam bapa mertuanya yang terbilang di Kampung U-ud Liyu. Wibawa bapa mertuanya yang terbilang dukun berilmu hitam itu sudah menjadi miliknya setelah bapa mertuanya meninggal. Dia masih lagi mencintai Dara kerana dalam hatinya masih ada kasih sayang Dara yang begitu segar. Dia tidak dapat melupakan dan menghapuskan perasaannya terhadap Dara.

    Hari-hari Darud duduk di lanting di pangkalan tempat mandi dan bercuci di sungai yang menjadi laluan penghubung Kampung U-ud Liyu. Jika waktu senja begini, Darud berkhayal sendirian duduk atas lanting yang terapung. Dia mengingati kekasihnya Dara anak gadis Pakrul Liman yang sudah memilih Dewata sebagai suaminya. Terkadang dia bercakap sendiri menyesali nasibnya yang ditinggalkan kekasihnya. Darud ingat sebuah lagu yang sangat menyayat hatinya iaitu sebuah lagu sedih…Termenung…Darud menyanyikan irama lagu tersebut tetapi dia telah mencipta liriknya sendiri sesuai dengan cintanya yang terkandas…lirik itu berulang kali Darud nyanyikan sambil mengeluarkan air mata kesedihannya…

    ****Termenung***
    Dalam aku termenung
    jauh di U-ud Liyu
    teringat selalu
    Dara kekasihku…
    Tak dapat kulupakan
    janji antara kita…
    seribu kali sayang
    kau tidak setia…
    Walau pun engkau pergi
    bersama Dewata…
    cintaku padamu…
    akan tetap kujaga…
    ooo…ooo…ooo
    akan ku rebut kembali
    kasihmu pada ku
    walaupun jiwa ragaku
    musnah binasa…
    demi cintaku…
    pada diri mu…

    Begitulah lirik lagu yang selalu Darud nyanyikan di senja hari sambil duduk atas lanting di pangkalan.

    Mak Kunah sudah balik ke kampungnya. Dia tidak pula menceritakan tentang Darud masa ini. Bila orang kampung bertanya padanya tentang keberadaan anaknya Darud, Mak Kunah memberitahu yang Darud ke rumah bapa saudaranya.

    Alangkah cepatnya masa berlalu. Dewata dan Dara menjalani kehidupan bahagia. Hari-hari mereka lalui bersama persis pasangan kekasih. Kerana mereka sebenarnya tidak pernah bercinta, tidak pernah berkasih-sayang. Jika ada rasa suka hanya dari satu pihak iaitu dari Dewata…sedangkan dari pihak satunya iaitu Dara hanya ada perasaan kebencian. Inilah perancangan yang terbaik dari Allah yang menyatukan dua perasaan berbeza menjadi satu.

    Darud pula menjalani kehidupan jauh di Kampung U-ud Liyu dengan rasa kecewa putus asa dan kebencian. Di celah-celah rekahan hatinya pun tumbuh bibit-bibit dendam.

    Di rumah Mak Kunah terasa sunyi kerana tiada kuai lintas anaknya Darud. Dia percaya Darud tidak kesepian sebab banyak kawan dan sepupunya di Kampung U-ud Liyu itu yang sebaya dengannya.

    “Seandainya ada jodohmu di U-ud Liyu itu nanti pasti dapat menggantikan cintamu pada Dara…kau tidak akan kesepian,” kata Mak Kunah jauh di lubuk hatinya. Dia tidak berharap Darud balik cepat ke kampungnya. Mak Kunah berharap biarlah Darud hidup seperti adiknya Liau Simpul yang memiliki warisan ilmu daripada bapa mertuanya.

    Setelah begitu lama di Kampung U-ud Liyu Darud sudah boleh menyesuaikan kehidupan di Kampung U-ud Liyu tersebut. Walaupun begitu, Darud masih lagi terkenangkan kekasihnya Dara yang sudah menjadi milik Dewata. Jika mengenangkan Dara yang berubah hati dan cintanya kepada Dewata hati Darud menjadi geram dan panas. Mahu rasanya dia membalas dendam itu secepatnya. Apakan daya dia kini di U-ud Liyu.

    Dewata bersama isterinya Dara hidup penuh damai dan bahagia.

    “Kau akan menjadi mama tidak lama lagi,” kata Dewata mengusik Dara isterinya. Dara tersenyum sambil balas kata Dewata.

    “Kau juga akan menjadi seorang bapa pada anak kita ini,” kata Dara sambil mengusap-usap perutnya yang sudah masuk lima bulan.

    “Insya Allah…kita berdua akan menjadi ibu dan bapa dan akan memelihara anak kita nanti penuh dengan kasih sayang,” kata Dewata pada isterinya Dara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Dendam Tok Darud

    Disyorkan Untuk Awda