Tuesday, December 3, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dengan deria bau tajam, tikus kesan penyeludupan hidupan liar

    CAPE TOWN, 31 OKT – Tikus besar Afrika, yang terkenal dengan deria bau yang luar biasa kini digunakan untuk mengesan penyeludupan hidupan liar dan perdagangan tumbuhan haram, kata para saintis dalam jurnal Frontiers in Conservation Science, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Tikus besar ini, yang dikenali secara saintifik sebagai Cricetomys ansorgei, menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam.

    Detektif hidupan liar ini mampu mengesan barangan haram seperti gading gajah, sumbu badak, sisik tenggiling, dan kayu hitam Afrika.

    Satu kajian melibatkan 11 tikus besar itu menunjukkan bahawa haiwan ini mampu mengesan bahagian-bahagian yang diseludup walaupun disembunyikan di antara bahan lain, kata penulis bersama Isabelle Szott daripada Yayasan Okeanos Jerman.

    Tikus-tikus ini juga dilaporkan mempunyai ingatan yang baik, mampu mengenal pasti bau, walaupun tidak terdedah kepada bau berkenaan sehingga lapan bulan, menurut penulis. – Bernama

    Tikus besar menggunakan deria bau mereka yang tajam untuk membantu mengesan penyeludup dan melindungi spesies terancam. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda