Monday, November 18, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denggi ragut lebih 400 jiwa di Bangladesh

    DHAKA, 17 NOV – Bangladesh mencatatkan lapan lagi kematian dan 994 kes jangkitan denggi dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 8 pagi waktu tempatan kelmarin, menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan pada hari yang sama.

    Menurut data yang dikeluarkan oleh Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS) di bawah Kementerian Kesihatan, lebih 400 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi daripada hampir 80,000 kes yang dilaporkan di seluruh Bangladesh setakat tahun ini.

    Berdasarkan DGHS, jumlah kematian akibat denggi meningkat kepada 407, termasuk 92 kematian pada November, 135 pada Oktober, dan 87 pada September.

    Sehingga kini, sebanyak 16,778 kes demam denggi telah direkodkan pada bulan November, berbanding 30,879 pada Oktober dan 18,097 pada September.

    Bangladesh mencatatkan 1,705 kematian berkaitan denggi pada tahun 2023, menjadikannya jumlah kematian tahunan tertinggi. Sebagai perbandingan, terdapat 281 kematian berkaitan denggi yang dilaporkan pada 2022 dan 179 pada 2019. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda