Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denisov khuatir selepas menentang negara sendiri

    MOSCOW, 17 JUN – Bekas pemain bola sepak antarabangsa Rusia, Igor Denisov berkata dia bimbang dengan nyawanya selepas mengkritik pencerobohan negaranya ke atas Ukraine.

    “Saya tidak tahu, mungkin dengan kenyataan ini mereka akan memenjarakan saya atau membunuh saya, tetapi perkara yang saya kongsikan adalah fakta,” kata pemain berusia 38 tahun tersebut semasa menghadiri temu bual yang disiarkan dalam platform YouTube.

    “Bagi saya, ia bukan sesuatu yang mengejutkan sebaliknya ia menyeramkan, bahkan ia seperti bencana,” tambahnya selepas mendengar mengenai pencerobohan tersebut.

    Salah seorang ikon sukan Rusia menentang peperangan tersebut, Denisov menegaskan bahawa dia cintakan negaranya dan tidak ingin meninggalkan Rusia.

    Pihak berkuasa Rusia memperkenalkan undang-undang yang boleh mengakibatkan individu di penjara selama 15 tahun jika didapati menyebarkan maklumat mengenai ketenteraan negara tersebut, termasuk menggunakan perkataan ‘perang’ atau ‘pencerobohan’ untuk menggambarkan konflik di Ukraine, di mana Denisov melanggar undang-undang berkenaan semasa temu bualnya, perkataan tersebut telah digantikan dengan bunyi lain dalam audio berkenaan.

    Denisov menghabiskan sepanjang kerjayanya bersama Zenit dan Lokomotic Moscow sehingga tahun 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda