Sunday, May 11, 2025
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denmark anggap ekstremisme COVID satu ancaman

    COPENHAGEN, DENMARK, 29 MAC – Pihak keselamatan domestik Denmark hari ini menetapkan ‘ekstremisme antikerajaan’ berkaitan COVID sebagai ancaman buat pertama kalinya.

    Agensi itu, yang dikenali dengan akronim Denmark, PET, berkata dalam penilaian tahunannya bahawa walaupun jenis ekstremisme ini bukan ‘kuasa penggerak yang penting bagi ancaman pengganas’ di negara itu, ia menjadikan keadaan ‘lebih kompleks.’

    PET berkata ancaman yang menyatakan keperluan untuk menggunakan keganasan terhadap wakil rakyat, telah muncul berkaitan dengan wabak COVID.

    Michael Hamann, ketua Pusat Analisis Keganasan PET yang menganalisis ancaman keganasan terhadap Denmark dan kepentingan rakyat Denmark di luar negara, berkata sebahagian besar keadaan di mana pihak berkuasa dikritik hebat atas pengendalian mereka terhadap wabak itu telah berlaku secara aman.

    Hamann memetik contoh di mana kritikan sedemikian telah dinyatakan melalui ‘ancaman dan ugutan’ di Denmark, manakala terdapat contoh di luar negara mengenai ‘perancangan atau pelaksanaan tindakan ganas sebenar.’

    Tetapi beliau berkata dalam satu kenyataan bahawa ancaman daripada ekstremisme antikerajaan adalah ‘terhad dari segi tahap.’

    Ancaman umum keganasan Denmark adalah ‘serius’, ditakrifkan sebagai mempunyai ‘kapasiti, niat dan perancangan,’ kata PET. Islamisme militan masih merupakan ancaman pengganas yang paling ketara terhadap negara Scandinavia dan kepentingan Denmark di luar negara.

    Walau bagaimanapun, risiko bahawa penduduk Denmark akan terjejas oleh keganasan kekal ‘sangat rendah.’ – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda