Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denmark berhasrat hapuskan kanser serviks menjelang 2040

    COPENHAGEN, 14 APRIL – Menurut Persatuan Kanser Denmark hari ini, Denmark berhasrat untuk menghapuskan kanser serviks menjelang 2040 dengan menjalankan kempen vaksinasi HPV nasional dan juga program saringan.

    Meurut kenyataan yang dikeluarkan, “Meskipun sebelum tahun 2040 bilangan wanita yang menghidap penyakit itu mungkin tidak ramai, sehingga menganggapnya tidak wujud.”

    Tambahnya lagi, “Ia akan menjadi kali pertama kanser hilang.”

    Menurut kajian dalam jurnal perubatan Denmark, Ugeskrift for Laeger, kadar kanser serviks semasa di Denmark adalah kurang daripada 10 bagi setiap 100,000 wanita,

    Menurut kriteria Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula, penyakit ini akan dianggap ‘hilang’ apabila kadar kes berkurang kepada empat orang bagi setiap 100,000 wanita.

    Di Denmark, kadar vaksinasi terhadap human papillomavirus (HPV), punca utama penyakit ini, adalah 89 peratus untuk gadis dan budak lelaki berusia 12 tahun, bagi dos pertama daripada dua dos.

    Hal itu hampir mencapai sasaran sebanyak 90 peratus.

    Vaksin percuma ini diperkenalkan untuk gadis pada 2008-2009 dan untuk budak lelaki pada 2019. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda