Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denmark buka semula sempadan dengan syarat

    COPENHAGEN, 29 MEI – Lebih dari dua bulan selepas Denmark menutup sempadannya, kini mereka melonggarkan sekatan untuk pasangan yang terpisah oleh perintah berkurung koronavirus dan dapat berjumpa sesama mereka semula – walaupun pelonggaran itu hanya untuk pasangan dari beberapa buah negara berdekatan buat masa ini.

    Dewan parlimen menyetujui perjanjian minggu lalu untuk mempercepatkan pembukaan semula negara itu, yang membolehkan beberapa orang warga asing untuk memasuki Denmark, termasuk mereka yang mempunyai pasangan.

    Tetapi pengecualian, yang berkuat kuasa pada Isnin lalu, hanya tertakluk kepada mereka dari negara-negara Nordik atau Jerman.

    “Ia adalah sangat sukar untuk tidak merasa keakraban secara fizikal,” kata Melinda Scheider, seorang warga Kanada berusia 26 tahun memberitahu AFP.

    Tersekat di Bradford, Ontario, dia belum melihat teman lelakinya, Adrian Carlsen, warga Denmark berusia 23 tahun yang telah menjalinkan hubungan dua tahun lalu, sejak 8 Januari.

    “Ketidaktentuan bila kami boleh berjumpa telah menjadikan ia lebih sukar,” tambah Schneider. Pemilik rumah kedua, ahli keluarga yang besar dan penduduk Denmark dibenarkan untuk memasuki Denmark berdasarkan peraturan baharu, jika mereka dapat memberi justifikasi tujuan lawatan mereka.

    Orang yang berkahwin dengan atau tinggal dengan penduduk Denmark dan anak-anak warganegara sudah boleh mengunjungi negara Nordik.

    Tetapi kesahihan pengecualian dan memilih kewarganegaraan tertentu bagaimanapun terus diperdebatkan, menurut Marlene Wind, seorang profesor sains politik di Universiti Copenhagen. – AFP

    Kereta beratur di sempadan Denmark-Jerman. Denmark kini melonggarkan sekatan sempadannya bagi memudahkan pasangan yang terpisah akibat perintah berkurung koronavirus untuk berjumpa dengan orang tersayang. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda