Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denmark dedah ukiran patung Viking

    COPENHAGEN, 27 OGOS – Muzium Negara Denmark mendedahkan hari ini apa yang disifatkannya sebagai ‘ukiran’ pertama Viking. patung kecil abad ke-10 yang menggambarkan seorang lelaki bermisai, janggut bertocang dan gaya rambut yang rapi.

    Diukir daripada taring walrus, kepala dan bentuk badan yang rosak sebahagiannya berukuran hanya tiga sentimeter.

    “Jika awda menganggap Viking sebagai ganas, ukiran itu membuktikan sebaliknya. Dia kelihatan sangat rapi,” kata Kurator, Peter Pentz kepada AFP, sambil mengangkat ukiran itu dengan menggunakan tangan sarung putih.

    “Ukiran itu mempunyai rambut disikat bahagian tengah kepala hingga ke bahagian atas dan di bahagian leher, rambutnya telah dipotong,” kata Pentz.

    Rambutnya kelihatan keriting di bahgian sisi yang menyebabkan telinganya terdedah dan sebagai tambahan kepada misai dan janggut bertocang yang panjang, dia juga mempunyai jambang.

    Pentz menunjukkan ukiran pertama Viking pada 26 Ogos di Copenhagen. – AFP

    “Semasa era Viking, rambut yang cantik melambangkan kekayaan dan status,” ujar Pentz.

    “Gaya rambutnya, yang sangat kemas – awda boleh melihat ia sedikit keriting atau jambak rambut melepasi telinga – sekali gus memberikan gambaran lelaki ini mempunyai kedudukan berpengaruh.

    “Dia mungkin seorang raja, Raja Harald Bluetooth,” tambahnya.

    Karya seni itu, yang dipercayai sejenis set mainan papan kuno yang mewakili seorang raja, pada asalnya ditemui di fjord Oslo di Norway pada tahun 1796.

    Ia telah disimpan dan dilupakan dalam arkib Muzium Negara Denmark sejak itu. Seni Viking terkenal dengan motif haiwan dan jarang menggambarkan manusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda