Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Denmark tarik balik sekatan COVID-19

    COPENHAGEN, 27 JAN – Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen mengumumkan kelmarin bahawa kebanyakan sekatan untuk memerangi COVID-19 di negara itu akan ditarik balik mulai 1 Februari, lapor Xinhua.

    “Kita sedang melalui fasa kritikal,” kata Frederiksen pada sidang media kelmarin, selepas mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Wabak di Parlimen.

    “Hari ini kita boleh katakan kita bersedia keluar daripada bayangan COVID-19. Kita ucapkan selamat tinggal kepada sekatan dan selamat kembali kepada kehidupan sebelum pandemik.”

    Mulai Selasa depan, rakyat tidak perlu memakai pelitup muka apabila memasuki pasar raya atau menaiki pengangkutan awam serta pelanggan di restoran dan bar tidak perlu mengemukakan sijil vaksin COVID-19 melainkan institusi terbabit secara khusus memintanya.

    Meskipun bulan pertama 2022 menyaksikan kadar jangkitan harian tertinggi di negara itu, Frederiksen berkata bahawa keputusan kelmarin bermakna “virus COVID-19 tidak lagi dianggap sebagai penyakit kritikal masyarakat.”

    Beliau menambah: “kadar vaksin yang tinggi ternyata, senjata utama kita dan ia telah memberi perlindungan yang kuat terhadap jangkitan yang masih wujud dalam komuniti.”– Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda