Denmark tubuh kerajaan baharu

COPENHAGEN, 26 JUN – Pemimpin Sosial Demokrat Denmark telah mengumumkan beliau akan menubuhkan kerajaan minoriti setelah mencapai satu perjanjian dengan tiga parti berhaluan kiri dan tengah-kiri selepas rundingan selama beberapa minggu.

“Kini kami telah mencapai matlamat…kami telah membuktikan bahawa apabila rakyat Belanda mengundi seperti yang dilakukan oleh mereka, majoriti baharu boleh menukar harapan mereka kepada tindakan,” kata Mette Frederiksen, yang pada umur 41 tahun akan menjadi perdana menteri paling muda Denmark.

Di sebuah negara di mana kerajaan minoriti merupakan satu kelaziman, rundingan menumpu pada permintaan bercanggahan mengenai iklim, ekonomi dan dasar imigresen.

Frederiksen berkata beliau akan membentangkan perjanjian setebal 18 muka surat hari ini, dengan kerajaan baharu dijangka diumumkan esok.

Rundingan tiga minggu adalah yang paling lama di Denmark sejak 1988.

“Ia adalah dokumen politik, salah satu yang pertama di dunia, yang benar-benar mendefinisikan cita-cita pelan hijau,” kata beliau, menekankan salah satu isu utama di kalangan pengundi dan parti sayap kiri.

“Kami akan memajukan pelan iklim, undang-undang terikat mengenai iklim dan mengurangkan pengeluaran rumah hijau sebanyak 70 peratus.”

Pembangkang Sosial Demokrat memenangi pilihan raya umum pada 5 Jun seperti yang dijangka dengan 25.9 peratus undi, menyingkirkan perdana menteri Liberal Lars Lokke Rasmussen selepas beberapa sekutu beliau mengalami kekalahan teruk dalam pengundian.

Dengan sokongan ketiga-tiga sekutu, Sosial Demokrat akan mempunyai majoriti 91 daripada 179 kerusi dalam parlimen, manakala sayap kanan memenangi 79 kerusi. – AFP

Mette Frederiksen daripada Sosial Demokrat Belanda bercakap kepada media selepas memuktamadkan rundingan kerajaan sejurus selepas tengah malam di Istana Christiansborg di Copenhagen, Denmark, awal kelmarin. – AP