Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Depoh bahan api Crimea terbakar

    KYIV, UKRAINE, 30 APRIL – Kebakaran besar meletus di Crimea yang dikuasai oleh Moscow selepas serangan disyaki oleh dron mengenai depoh minyak, ketika pertempuran semakin sengit di selatan Ukraine dan serangan merampas kuasa perkampungan sempadan Rusia.

    Serangan semalam berlaku sehari selepas Kyiv berkata persiapan untuk serangan balas yang lama ditunggu-tunggu hampir selesai, setelah berikrar untuk mengusir tentera Rusia dari wilayah yang mereka rampas di timur dan selatan berikutan pencerobohan pada 2022.

    Pada Jumaat, serangan Rusia ke atas blok flat di bandar Uman di tengah Ukraine mengorbankan 23 orang, termasuk seorang anak damit lelaki.

    Semalam, pegawai di Crimea yang dikuasai Moscow, bandar di bawah jajahan Rusia di selatan Ukraine melaporkan serangan.

    Gabenor wilayah Rusia berhampiran sempadan dengan Ukraine juga berkata, dua orang terbunuh apabila peluru berpandu Ukraine mengenai sebuah kampung.

    “Akibat serangan yang dilakukan oleh nasionalis Ukraine, malangnya, dua orang awam terbunuh,” kata gabenor wilayah Bryansk, Alexander Bogomaz dalam mesej yang disiarkan di Telegram, melaporkan serangan ke atas Suzemka. – AFP

    Pihak berkuasa berkata kebakaran itu adalah akibat serangan dron. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda