Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Depoh minyak Rusia terbakar

    MOSCOW, 25 APRIL – Sebuah depoh minyak besar di bandar Rusia berdekatan sempadan Ukraine terbakar hari ini, kementerian situasi kecemasan dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Rusia.

    “Satu kebakaran telah dilaporkan di depoh bahan api Transneft Bryansk-Druzhba di Bryansk,’ kira-kira 150 kilometer dari sempadan Ukraine, yang berfungsi sebagai pusat logistik untuk operasi tentera Moscow di negara jiran pro-Baratnya, agensi memetik kementerian sebagai berkata.

    “Menurut maklumat awal, tidak ada kecederaan yang dilaporkan,” tambah kementerian.

    Punca kebakaran masih tidak diketahui, namun ia meletus pada pukul 2 pagi di daerah Fokinsky Bryansk, kata cawangan tempatan kementerian situasi kecemasan.

    Perkhidmatan kecemasan dan bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian.

    Gambar yang disiarkan di media Rusia menunjukkan api dan asap kelihatan di Bryansk.

    Agensi berita Interfax melaporkan ia merupakan kebakaran kedua seumpama itu di depoh bahan api di rantau itu baru-baru ini, tetapi maklumat tersebut tidak dapat disahkan.

    Rusia telah berkali-kali menuduh tentera Ukraine melancarkan serangan di kawasannya, terutamanya di rantau Bryansk pada pertengahan April.

    Pada awal April, gabenor rantau Belgorod, yang juga hampir dengan sempadan Ukraine, berkata helikopter Kyiv telah melepaskan tembakan pada depoh minyak di sana. – AFP

    Gambar diambil oleh sumber tanpa nama menunjukkan asap berkepul-kepul naik daripada kilang simpanan minyak yang terbakar di Bryansk, Rusia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...