Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dera anak saudara, defendan dibicara akhir Jun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Siasatan awal kes seorang lelaki tempatan membabitkan pertuduhan membunuh dan tujuh pertuduhan lain berkaitan penderaan fizikal anak saudaranya yang berusia empat tahun telah ditetapkan untuk dibicarakan pada 27 dan 28 Jun depan.

    Mohamad Suhaib bin Haji Narudin didakwa telah mendera mangsa secara fizikal sebelum membunuhnya.

    Sementara itu, isteri defendan, baru-baru ini mengaku bersalah atas empat pertuduhan penderaan fizikal mangsa yang sama dan akan dijatuhkan hukuman pada 14 Februari.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi mewakili pihak pendakwa raya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda