Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dera budak: Hukuman ditetapkan 6 Julai

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – Mahkamah Perantaraan telah menetapkan 6 Julai untuk menjatuhkan hukuman terhadap pembantu rumah yang telah mendera seorang kanak-kanak autisme secara fizikal.

    Warga Indonesia, Sriyani, 42, mengaku bersalah pada Khamis lepas atas pertuduhan menyerang anak lelaki majikannya yang berusia 4 tahun.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menangguhkan hukuman untuk mempertimbangkan hukuman yang setimpal terhadap defendan daripada peruntukan denda $20,000 dan penjara maksimum 10 tahun.

    Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali mendedahkan bahawa kejadian itu dibongkar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang yang dipasang di rumah keluarga di Gadong yang menunjukkan defendan menyerang kanak-kanak itu pada pagi 19 Jun.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda