Derby County ucap terima kasih kepada Rooney

LONDON, 29 APRIL – Derby County berterima kasih kepada ketua Wayne Rooney kerana memainkan peranan dalam kelab tersebut untuk mencapai persetujuan bagi penangguhan gaji dengan pemain-pemain demi membantu kelab Liga Juara-Juara divisyen dua dalam menempuhi krisis koronavirus.

Pengurus pasukan Philip Cocu, kakitangan kejurulatihannya dan kakitangannya turut menangguhkan sebahagian dari gaji mereka.

“Pemain-pemain pasukan utama telah dengan rela hati bersetuju untuk penangguhan gaji yang dianggap lebih banyak dari yang dilaporkan oleh pihak media, sementara Philip Cocu dan pasukan kejurulatihannya, ketua pegawai eksekutif, Stephen Pearce dan kakitangannya turut bersetuju dengan penangguhan gaji,” kenyataan dari Derby.

“Perbincangan dari keseluruhan kelab telah diadakan dalam semangat perpaduan dan kerjasama, dan semua orang sangat komited untuk membantu dan memainkan peranan mereka.

“Kelab ini ingin secara khusus berterima kasih kepada Wayne Rooney, ketua pasukan, dan Curtis Davies, wakil kelab ke Persatuan Bolasepak Profesional, atas bantuan dan sokongan mereka.

Derby kelihatan bakal mengharungi satu lagi musim di liga kedua dengan mereka menduduki tempat ke-12 dalam carta liga apabila penularan COVID-19 telah menyebabkan bola sepak dihentikan pada bulan lalu.

Kegagalan untuk menghabiskan musim ini diramal akan mendatangkan kerugian kepada kelab-kelab di Liga Perdana yang dianggarkan sebanyak 1 bilion pound.

Walau bagaimanapun, kesan krisis ekonomi mungkin akan bertambah buruk lagi di bawah piramid bola sepak dengan kebanyakan kelab bergelut untuk menyelamatkan sistem pengurusan dalam bola sepak. – AFP

Derby County berterima kasih kepada ketua Wayne Rooney kerana memainkan peranan dalam mencapai persetujuan bagi penangguhan gaji dengan pemain-pemain demi membantu kelab Liga Juara-Juara dalam menempuhi krisis koronavirus. – AP