Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Derma darah selamatkan insan lain

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Sebagai menyokong amalan tanggungjawab sosial korporat, Hotel Radisson Brunei Darussalam dengan kerjasama Persatuan Warganegara Malaysia dan Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menganjurkan Kempen Derma Darah sempena Hari Penderma Darah Sedunia, hari ini.

    Kempen berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Radisson dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung semula dari 1:30 petang hingga 3:30 petang, bersempena dengan Responsible Action Month yang dianjurkan oleh pihak hotel.

    Hari Penderma Darah Sedunia yang disambut setiap 14 Jun bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keperluan bekalan darah yang selamat serta menghargai sumbangan para penderma darah dalam menyelamatkan nyawa.

    Menurut Pengurus Besar Hotel Radisson Brunei Darussalam, Miriam Wolber, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Persatuan Warganegara Malaysia, Pusat Pendermaan Darah RIPAS serta para penaja yang menyokong kempen ini. Kami ingin meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menderma darah dan menggalakkan semua pihak sama ada tetamu hotel mahupun masyarakat umum untuk turut serta dalam inisiatif yang bermakna ini.”

    Kempen derma darah itu turut disokong oleh pelbagai penaja dan rakan strategik antaranya McDonald’s Brunei, Nabru Coffee, 1More Pizza dan banyak lagi.

    Kehadiran dan sokongan semua pihak telah menyemarakkan lagi suasana kempen serta menambah makna kepada usaha murni ini demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

    Atas & Bawah: Antara yang hadir menyertai kempen derma darah berkenaan. – Gambar-gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda