Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Orang ramai diseru bantu tambah bekalan darah negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Orang ramai diseru untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu mengekalkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan mengambil bahagian dalam kempen-kempen menderma darah.

    Dalam hubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 2 dan 3 April di Tingkat 1, Hua Ho Manggis Mall anjuran imagine Sdn Bhd bermula pukul 8 malam hingga 10 malam, 4 April di Masjid Kampung Masin anjuran Ahli Masjid Kampung Masin bermula pukul 8 malam hingga 10 malam dan 6 April di D’Sunlit Sdn Bhd, Tapak Perindustrian Beribi anjuran Persatuan Fu Zhou Shiyyi bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang.

    Gambar fail Muiz Matdani

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait juga akan mengadakan kempen derma darah di Tingkat 1, Blok B, Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait bermula pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi.

    Orang ramai adalah dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan serta menderma darah untuk sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di Negara Brunei Darussalam.

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda