AL KHOR, QATAR, 15 DIS – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menyatakan ‘emosi dan kebanggaannya’ selepas Les Bleus mara ke peringkat akhir Piala Dunia kali kedua berturut-turut apabila mengalahkan Maghribi 2-0 kelmarin.
Juara tahun 2018 itu akan mempertahankan gelarannya semasa menentang Argentina pada Ahad nanti selepas jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani mengesahkan kemenangan mereka di Stadium Al Bayt.
“Saya berasa terharu dan bangga,” kata jurulatih Perancis yang sedang bergembira itu. “Jelas sekali ini adalah langkah yang penting untuk hari ini dan selepas ini akan ada satu langkah lagi.
“Kami telah bersama selama sebulan. Ia tidak pernah mudah, namun inilah ia – ia adalah satu kegembiraan setakat ini dan para pemain saya telah mendapat hasilnya.”
Perancis menyasar untuk menjadi pasukan pertama sejak 60 tahun yang menang berturut-turut gelaran Piala Dunia selepas dilakukan oleh Brazil pada tahun 1958 dan 1962. – AFP









