Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deschamps persiap skuad hadapi Sweden

    CLAIREFONTAINE-EN-YVELINES, 30 Mei – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata bahawa perkumpulan lama skuad antarabangsa dan satu perlawanan persahabatan menentang Paraguay adalah persiapan sempurna bagi kelayakan penting Piala Dunia menentang Sweden di Stockholm pada 9 Jun.

    Selepas lima perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia 2018 di Rusia, Perancis telah mendahului Kumpulan A dengan 13 mata, tiga mata di depan Sweden yang berada di tangga kedua dengan Bulgaria mengutip sembilan mata di tangga ketiga, dan Belanda berada di tangga keempat dengan tujuh mata.

    “Kami mahu berada di prestasi terbaik,” kata Deschamps, yang menerajui Perancis ke final Euro 2016.

    “Sweden adalah pasukan paling dekat dengan kami,” kata Deschamps mengenai sistem kumpulan, di mana hanya pasukan yang memenangi kumpulan dijamin ke final.

    Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (tengah) mengawal bola ketika skuad Perancis menjalani sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines. – AFP
    Penyerang Perancis, Kylian Mbappe (tengah) mengawal bola ketika skuad Perancis menjalani sesi latihan di Clairefontaine-en-Yvelines. – AFP

    “Sebahagian daripada skuad kurang aktif berbanding yang lain, jadi kami memerlukan minggu di sini (pusat latihan kebangsaan di Clairefontaine).

    “Saya tidak mengadakan perkumpulan lama ini hanya untuk itu, saya mahu para pemain tenang menghadapinya,” jelasnya.

    Perancis akan berdepan dengan Paraguay di laman sendiri dalam satu perlawanan persahabatan pada 2 Jun, Sweden pada 9 Jun di gelanggang lawan dan menentang England bagi perlawanan persahabatan pada 13 Jun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda