Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Destinasi menyeramkan di Mexico

    MEXICO – Sebuah lokasi menyeramkan dengan ribuan anak patung digantung oleh seorang yang pernah bertapa tetapi sudah meninggal dunia menjadi tarikan pelancong yang berpusu-pusu melawat destinasi tersebut pada setiap tahun.

    Menurut laporan akhbar The Sun, lokasi di La Isla de las Munecas yang bermaksud Pulau Anak Patung menyimpan beribu-ribu anak patung yang sesetengahnya dicacatkan dan digantung pada pokok-pokok.

    Perjalanan ke pulau itu pula mengambil masa dua jam melalui sebuah terusan dari Bandar Raya Mexico.

    Lokasi menakutkan itu pada asalnya, bukan untuk dijadikan destinasi tarikan pelancong.

    Bagaimanapun, kawasan seram itu menjadi kunjungan oleh ribuan pengunjung setiap tahun yang mahu melihat lokasi menyeramkan itu.

    Anak-anak patung itu digantung oleh seorang lelaki tempatan, Don Julian Santana Barrera dengan niat untuk menghalau roh seorang gadis yang lemas di terusan tersebut daripada terus mengganggunya.

    Menurut kepercayaan, roh mangsa dikatakan masih menghantui sekitar kawasan berkenaan.

    Beberapa pelawat juga mengaku pernah mendengar bunyi yang menyeramkan di lokasi itu. Barrera sendiri turut mati lemas di perairan sama 14 tahun lalu. – Agensi

    Lokasi menakutkan itu pada asalnya bukan untuk dijadikan destinasi tarikan pelancong. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda