Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Detroit bergelut tangani hujan lebat

    ROMULUS, MICHIGAN, 25 OGOS – Hujan lebat membanjiri lebuh raya Ohio di mana orang ramai diselamatkan daripada kenderaan mereka, dan terminal lapangan yang sibuk terletak di luar Detroit terpaksa ditutup sementara selepas landasan ditenggelami air.

    Beberapa buah bahagian di barat Amerika Syarikat (AS) dilanda banjir sejak beberapa minggu kebelakangan akibat hujan daripada ribut tropika Hilary, dan sebahagian besar di bahagian tengah AS bergelut dengan cuaca panas yang membahang. Di Hawaii dan Washington, petugas kecemasan bergelut untuk mengawal kebakaran hutan.

    Beberapa kawasan di tenggara Michigan merekodkan turunan hujan melebihi lima inci sejak pagi kelmarin, menyebabkan jalan-jalan banjir di kawasan Detroit, termasuk terowong yang menuju Lapangan Terbang Metropolitan Detroit di luar Romulus, kata pegawai.

    Sementara itu, terminal Lapangan Terbang McNamara telah dibuka semula petang kelmarin.- AP

    Kereta-kereta ditenggelami air akibat hujan lebat di Ohio, Michigan.- AP

     

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda