Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Kebajikan anak-anak yatim terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada orang ramai dengan sumbangan terus mencurah untuk Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.
Pada majlis yang berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara hari ini, tabung berkenaan telah menerima sumbangan berjumlah keseluruhan $16,398 daripada Dewan Perniagaan Cina (CCC) yang disampaikan oleh presidennya, Lim Han Chiong.
Sumbangan telah diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim dengan didahului oleh sumbangan Presiden CCC sebanyak $5,000 dan sumbangan yang diteruskan oleh ahli-ahli DPC.
Sumbangan kepada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara berkenaan dihasratkan untuk mengurangkan bebanan anak-anak yatim dan keluarga mereka.