Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewan Perniagaan Cina, MOFE bincang strategi ekonomi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Dalam usaha untuk lebih memahami inisiatif kerajaan bagi memupuk pertumbuhan ekonomi dan menyokong perniagaan tempatan, wakil dari Dewan Perniagaan Cina Brunei, kelmarin, telah mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE).

    Rombongan Dewan Perniagaan Cina Brunei diketuai oleh Presiden Lim Han Chiong yang mana rombongan telah mengadakan sesi perkongsian dengan Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE), dan Pejabat Pendaftaran Bahagian Nama Syarikat dan Perniagaan (ROCBN) di MOFE.

    Semasa mesyuarat itu, ahli dewan tersebut telah dibentangkan dengan pelan hala tuju industri mengenai lima sektor keutamaan, yang mana sebahagian daripada usaha kepelbagaian kerajaan daripada sektor minyak dan gas.

    Cabaran yang dihadapi oleh syarikat tempatan turut dikongsi di mana ROCBN berkongsi perkemba-ngan terkini berkaitan syarikat dan pengarah pendaftaran.

    Turut hadir di majlis itu, Pengarah IBE, Allen On dan Pengarah ROCBN, Awang Muhd Akmal Hanis bin Haji Jefri. Dengan adanya sesi perkongsian itu diharap dapat memberikan platform kepada dewan berkenaan untuk lebih memahami usaha kerajaan sekali gus menjadikannya berada dalam kedudukan yang lebih baik bagi berkongsi dan menarik pelabur berpotensi ke Negara Brunei Darussalam.

    Gambar ramai rombongan dari Dewan Perniagaan Cina Brunei yang diketuai oleh Lim Han Chiong. – GAMBAR SERAHAN DEWAN PERNIAGAAN CINA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda