Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewan Perniagaan India bertahlil di kubah

    Oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Dewan Perniagaan India hari ini mengadakan Majlis Tahlil dan Membaca Surah Yasin bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di sini.

    Seramai 50 ahli dewan perniagaan itu menghadiri majlis tersebut, yang turut dihadiri oleh Yang Di-Pertuanya, Nazeer Ahmad Zackaria.

    Bacaan Surah Al-Fatihah, Yasin dan tahlil diketuai oleh penjaga Kubah Makam Diraja, Haji Mohaimin bin Duraman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda