Friday, February 21, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dewan Serbaguna PESATU dirasmikan

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    TUTONG, 16 FEB – Dewan Serbaguna Persatuan Saudara-saudara Baharu Daerah Tutong (PESATU) yang baharu telah sempurna dirasmikan di Kampung Tanjong Panjang, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis dikendalikan oleh Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dengan Kerjasama Unit Dakwah Daerah Tutong.

    Majlis menyaksikan Yang Berhormat Pehin menandatangani papan tanda perasmian dan diselajurkan dengan penyerahan penanda arah kiblat bagi dewan berkenaan.

    Pembinaan Dewan Serbaguna PESATU menelan belanja berjumlah $794,897.52 dan dibina sebagai kemudahan kepada ahli-ahlinya dan para pengguna untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat termasuk acara berkebajikan dan majlis keagamaan serta program kerohanian bagi mengembangkan syiar Islam di negara ini.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin menandatangani papan tanda perasmian. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyempurnakan perasmian Dewan Serbaguna PESATU, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Di samping itu, untuk mengukuhkan lagi semangat bekerjasama dan mengekalkan perpaduan serta meningkatkan penyertaan dalam aktiviti kemasyarakatan.

    Kerja-kerja pembinaan Dewan Serbaguna PESATU mula dilaksanakan pada 6 Julai 2023 de-ngan menggunakan peruntukan Kumpulan Wang Pentadbiran Am Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).

    Majlis Peletakan Batu Asas Dewan pula diadakan pada 18 November 2023. Dewan tersebut boleh menampung sehingga 340 orang.

    Bangunan berkenaan dilengkapi dengan kemudahan termasuk bilik sembahyang, tempat berwuduk, bilik stor, tempat letak kereta dan tandas termasuk untuk orang kelainan upaya.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan MUIB, serta setiausaha tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan setiausaha tetap Kementerian Pembangunan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda